Wednesday, November 7, 2012

Karangan


Guru Kesayangan Saya

Nama guru kesayangan saya ialah Cikgu Tay Ah Moi. Beliau kini berusia 55 tahun dan akan bersara daripada perkhidmatan setahun lagi. Beliau berasal dari Melaka dan pernah menjadi latihan perguruan di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim. Selepas menjalani latihan, beliau ditugaskan mengajar di sekolah ini sehingga sekarang.
Beliau ialah guru yang mengajar subjek Matematik dan tilisan kaligrafi Cina di sekolah kami. Pencapaian yang membanggakan adalah semasa kami menjadi johan dalam pertandingan kaligrafi peringkat negeri Johor. Pencapaian ini adalah hasil tunjuk ajar beliau dan telah mengharumkan nama sekolah kami.
Beliau sangat disayangi dan dihormati oleh murid-murid di sekolah ini. Kami menyayangi beliau kerana sikap prihatin dan tanggungjawab yang beliau tunjukkan kepada kami. Beliau senang didekati dan berusaha membantu murid-murid yang mempunyai masalah dalam pelajaran.
Walaupun beliau akan bersara tidak lama lagi, namun kami berharap beliau akan terus mencurah bakti untuk anak-anak murid. Kami berharap beliau akan sukses dalam kerjaya dan bahagia bersama keluarga.
Jasa beliau akan tetap dikenang oleh murid-murid di sekolah ini sebagai seorang guru yang komited dan bertanggungjawab.




Aku Sebuah Komputer Riba

Aku ialah sebuah komputer riba yang dimiliki oleh seorang pemuda yang bernama Daniel. Tuan aku seorang peguam dan memiliki sebuah firma guaman sendiri.
Badan aku berbetuk segi empat dan berwarna perak. Aku mempunyai peralatan yang lain seperti wayar untuk sambungan. Aku mempunyai banyak funfsi yang memudahkan tuan semasa menggunakan aku. Di dalam badanku, terdapat banyak maklumat yang penting dan aku menjaganya dengan baik.
Aku juga sering digunakan untuk melayari Internet. Sekiranya tuan inginkan sesuatu maklumat, aku bersedia untuk menjalankan tugas. Dengan menggunakan aku, amat memudahkan tuan dalam sebarang urusan kerana aku mempunyai banyak fungsi.
Aku juga adalah sebuah komputer yang boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Tuan boleh menggunakan aku di mana-mana dan ini sangat menyenangkan tuan aku. Kadang-kadang aku digunakan semasa tuan menunggu penerbangan untuk ke mana-mana atas urusan perniagaan.
Aku boleh menyiapkan segala tugasan yang diberi dengan pantas. Badan aku yang mempunyai pelbagai komponen mampu melakukan sebarang tugas walaupun agak sukar. Tuan menyayangi aku kerana di dalam badan aku mempunyai segala meklumat yang diperlukan olehnya.
Aku berasa gembira kerana disayangi dan akan berkhidmat selagi diperlukan oleh tuan. Sekiranya tidak digunakan, aku disimpan di tempat yang paling selamat.





Suasana Pasar Malam

Pasar malam di kampung saya diadakan dua kali dalam seminggu. Pada setiap hari Isnin dan Jumaat, ramai peniaga akan dating berniaga di kampung saya.
Di pasar malam tersebut terdapat ramai peniaga yang menjual pelbagai jenis barangan. Barangan yang dijual pula murah harganya. Disebabkan itu, ramai orang suka berkunjung ke pasar malam di kampung saya.
Suasana di pasar malam meriah dan riuh-rendah. Para peniaga seolah-olah bertyanding mencari pelanggan. Mereka menjerit-jerit kepada pengunjung untuk membeli barangan jualan mereka. Pelanggan dan peniaga juga tawar-menawar harga. Keadaan inilah yang memeriahkan lagi suasana di pasar malam.
Emak suka membeli sayur-sayuran dan buah-buahan di sini kerana barang-barang tersebut segar dan berpatutan harganta. Ayah pula suka membeli makanan dan minuman kerana semuanya sedap-sedap belaka.
Saya pula suka melihat para peniaga ubat-ubatan memperkenalkan barangan jualan mereka kepada pengunjung. Saya kagum melihat cara mereka bercakap. Gaya dan kata-kata mereka membuatkan ramai pengunjung berkumpul untuk mendengar penerangan mereka.
Tiba-tiba, ibu menarik tangan saya lalu mengajak saya pulang. Kami segera menuju ke kereta. Hari Jumaat ini saya pasti akan dating ke sini lagi




Kepentingan Kesihatan

Menjaga kesihatan diri adalah satu perkara yang tidak boleh dipandang ringan. Sekiranya kita mengambaikan penjagaan kesihatan diri, banyak kesan negative yang akan dihadapi terutamanya kepada mereka yang masih bersekolah.
Pelajar yang sakit tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam pelajaran sama ada ketika di dalam kelas mahupun semasa mengulang kaji di rumah. Selain itu, pelajar yang tidak sihat juga akan ketinggalan dalam pelajaran. Lama-kelamaan, mereka akan berasa malas dan tidak nerminat lagi untuk ke sekolah.
Di samping itu, masalah kesihatan akan menghalang penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum secara aktif. Contohnya, pelajar yang mengalami masalah kesihatan tidak boleh aktif bersukan walaupun dia meninati bidang itu.
Selain itu, pelajar yang mengalami masalah kesihatan akan berasa tersisih kerana prestasi pelajaran yang merosot. Malah, penyertaan dalam aktiviti kokurikulum begitu terbatas sehingga pergaulan sesame rakan sebaya akan terjejas.
Sehubungan dengan itu, kesihatan diri haruslah dijaga sejak awal lagi. Amalkan pemakanan yang seimbang, bersenam dan melakukan aktiviti yang sihat pada setiap hari. Sebagai contoh, kita boleh mengemas rumah, bermain badminton, menaiki tangga dan lain-lain lagi.
Kesimpulannya, kesihatan yang baik melahirkan perasaan yang gembira dan sempurna. Kesihatan merupakan asset yang tidak ternilai kepada manusia. Otak yang cerdas lahir daripada badan yang sihat.