Selamat datang.....Selamat datang.....

Nilai Murni


BM (Bahagian C)

Bil.
Nilai Murni
Penerangan / Kata Kunci

1.
Baik Hati
Membantu orang yang dalam kesusahan

1.1
Belas Kasihan
Bersimpati terhadap kesusahan orang lain

1.2
Bertimbang rasa
Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain

1.3
Pemurah
Memberi bantuan secara ikhlas kepada yang memerlukan
(menderma, berkongsi, memberikan…)

1.4
Saling memahami
Sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan orang lain.

1.5
Saling bermaafan
Sanggup meminta maaf dan memaafkan

2.
Berdikari
Sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa bantuan orang lain.

3.
Yakin pada diri sendiri

Percaya kepada kebolehan diri dan sanggup mencuba

4.
Berhemah tinggi
Tidak sombong / rendah diri

5.
Bersopan-santun/berbudi bahasa

Berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan
(mengucapkan terima kasih, bertanya khabar…)

6.
Mengakui kesilapan diri
Sedia mengakui kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat

7.
Ramah mesra
Sedia bergaul mesra dengan semua orang

8.
Hormat-menghormati
Menunjukkan rasa hormat serta memberi layanan yang baik kepada mereka

8.1
Hormat dan taat kepada ibu bapa

Memulia dan patuh kepada mereka
8.2
Hormat kepada kerajaan dan Negara

Menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambing kebesaran negeri dan Negara

8.3
Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai kaum

Menghormati kepercayaan dan adat resam semua kaum
9.
Patuh kepada undang-undang

Menatuhi undang-undang setiap masa
10.
Kasih sayang
Menyayangi diri sendiri, orang lain, nyawa binatang  dengan ikhlas

11.
Saying kepada alam sekitar
Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup

12.
Adil
Membuat pertimbangan dan keputusan secara positif, menyeluruh dan bersesuaian

12.1
saksama
Tidak menyebelahi sesuatu pihak dalam membuat keputudan

13.
Kebebasan di sisi undang-undang
Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batasan peraturan dan undang-undang yang tersurat dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyarakat Negara dan agama

14.
Keberanian
Gagah dan berani

14.1
Berani mencuba
Berani melakukan sesuatu perkara yang baru dan mencuba untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil kira risiko yang akan dihadapi

14.2
Berani kerana benar
Berani mempertahankan sesuatu yang diakui kebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata

15.
Menjaga kebersihan diri
Kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk kehidupan yang sihat

16.
Menjaga kebersihan persekitaran
Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapid dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran

17.
Kebersihan mental
Pertuturan dan perlakuan yang terpuji dan perlu diamalkan oleh seseorang dalam pergaulannya

18.
Jujur
Tidak tamak/ tidak mengambil harta benda orang lain

19.
Amanah
Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain

20.
Bercakap benar
Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung

21.
Ikhlas
Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa   mengharapkan balasan

22.
Rajin
Berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti

23.
Dedikasi
Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah

24.
Bekerjasama
Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela (bergotong-royong)

25.
Toleransi
Bertolak-ansur serta dapat mengelakkan berlakunya perselisihan

26.
Perpaduan/Bersatu-padu
Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga, masyarakat, Negara dan antarabangsa

27.
Kesederhanaan


27.1
Kesederhanaan dan perlakuan yang sederhana
Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampau batas seta menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain

27.2
Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan orang lain

Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya memuaskan diri sendiri dan orang lain
28.
Kesyukuran/
Bersyukur

Patuh dan menerima nasib atau takdir
29.
Menghargai jasa/mengenang budi/membalas jasa

Penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian
30.
Rasional
Berupaya mengambil kira baik buruknya   sesuatu perkara sebelum membuat keputusan

31.
Semangat bermasyarakat

Supaya hidup dalam keadaan yang harmoni

31.1
Bermuafakat
Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama

31.2
Semangat kejiranan
Berbaik-baik, bertolak- ansur, tolong-menolong dan bekerjasama dengan jiran tetangga dan masyarakat

31.3
Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat / prihatin

Peka/memahami masalah masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya
32.
Semangat patriotik


32.1
Cintakan negara
Berbangga dan taat setia serta berusaha untuk memajukan negara

32.2
Berkorban untuk negara
Sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan Negara daripada diceroboh

3 comments: