1. Kata
arah ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan
arah.
2. Kata
arah didahului oleh kata sendi nama dan diikuti oleh frasa nama.
Kata Arah
|
Ayat Contoh
|
antara
|
Azizah
duduk di antara Kalsom dan Kar Lin.
|
atas
|
Buku-buku
rujukan tersusun rapi di atas rak buku.
|
barat
|
Kami
akan bertolak ke barat Perak pada hari Rabu ini.
|
bawah
|
Ayah
menyimpan kotak itu di bawah katil.
|
belakang
|
Ayah
menanam sayur-sayuran di belakang rumah.
|
dalam
|
Faizal
menyimpan lebihan wang sakunya ke dalam tabung.
|
hadapan
|
Anak
anjing itu menyalak di hadapan rumah Pak Cik Cheong.
|
hujung
|
Rumah
Razali terletak di hujung kampung.
|
luar
|
Kakak
menjemur pakaian di luar rumah.
|
penjuru
|
Aina
menyusun buku-buku itu di penjuru meja tulisnya.
|
pinggir
|
Azli
dan rakan-rakannya berehat di pinggir sungai.
|
samping
|
Dia
duduk di samping neneknya semasa menonton televisyen.
|
Sebelah
|
Rumah
Ali terletak di sebelah rumah Cikgu Azmani.
|
seberang
|
Kedai
runcit terletak di seberang jalan itu.
|
segi
|
Kata
haruslah melihat perkara itu dari segi kebaikannya dahulu.
|
selatan
|
Pendatang-pendatang
asing dari selatan Sulawesi telah dihantar pulang.
|
selekoh
|
Kamalangan
itu berlaku di selekoh yang merbahaya itu.
|
sisi
|
Isteri
Ridzuan berada di sisinya sebelum dia meninggal dunia.
|
sudut
|
Ibu
meletakkan pasu antic di sudut ruang tamu.
|
tengah
|
Kamal
menendang bola ke tengah padang.
|
tepi
|
Banyak
gerai buah-buahan di tepi jalan.
|
timur
|
Kami
akan berkhemah di timur Pulau Pangkor.
|
utara
|
Pulau
Pinang merupakan salah sebuah negeri yang terletak di utara Semenanjung
Malaysia.
|