Selamat datang.....Selamat datang.....

Sunday, October 21, 2012

TATABAHASA


ü   Tatabahasa adalah bidang ilmu yang mempelajari kaedah-kaedah yang mengatur penggunaan bahasa. Ilmu ini merupakan sebahagian dari bidang ilmu yang mempelajari bahasa iaitu linguistik.
ü   Tatabahasa moden mencakupi bidang fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik.

KATA NAMA

1) Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar   
iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA dan satu lagi dipanggil
NAMA TERBITAN:

a) Kata Nama Am
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
e) Kata Bilangan

2) Nama Betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan      
Nama Khas.


Kata Nama Am
Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya. Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.

a) Manusia : orang ayah,  kerani, polis, guru, doktor, askar dll                                                                                                                                                                                                                               
b) binatang : ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll

c) tumbuh- tumbuhan : pokok, betik, rumput, lalang dll

d) benda : pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll

e) tempat : pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll



Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

a)  benda
     Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll

b) orang
    Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll

c) binatang
    Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll

d) tempat
    Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll


Kata Ganti Nama


1) Kata ganti nama ialah kata yang menggantikan kata nama   
manusia.

2) Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada dua golongan,
iaitu :

     i. Kata ganti nama diri
     ii. Kata ganti nama tunjuk

3) Kata ganti nama diri terbahagi kepada:

     i. Kata ganti nama diri orang
     ii. Kata ganti nama diri tanya

4) Kata ganti nama diri orang terbahagi kepada:

     i. Kata ganti nama diri pertama
     ii. Kata ganti nama diri kedua
     iii. Kata ganti nama diri ketiga

i) Kata ganti nama diri pertama :
   aku, saya, hamba, patik, beta, kami, kita, daku

ii)  Kata ganti nama diri kedua :
     awak, engkau, anda, tuanku, kalian, kamu

iii) Kata ganti nama diri ketiga :
     dia, beliau, ia, baginda, mereka

5)  Kata ganti nama tunjuk ialah kata yang digunkan untuk    
     menunjukkan manusia, haiwan, benda dan tempat.
      Contoh: ini, itu

6) Kata ganti nama diri tanya ialah kata yang merujuk benda   
    atau orang dalam bentuk tanya.
 Contoh: apa, siapa, mana


Kata Nama Terbitan
1) Bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat    
atau menerima baik awalan,sisipan,akhiran atau apitan    
( imbuhan ).

2) Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir      
bersendirian dalam ayat dan harus diimbuhkan pada bentuk    
yang lain yang merupakan kata dasar.

3) Jenis Imbuhan :
a) Awalan - hadir sebelum kata dasar.
    b) Akhiran - hadir sesudah kata dasar
    c) Apitan - hadir secara mengapit kata dasar secara serentak  
                  di awal dan akhir  kata dasar.
    d) Sisipan - hadir di celahan kata dasar

4) Kata Terbitan Berawalan
    Awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan,kata kerja   
terbitan dan kata adjektif terbitan.

Contohnya :
Awalan kata nama
pe- ( pelari, perakus,penyapu )
pem- ( pembawa,pembuka )
pen- ( pendatang,pendua )
peng- ( penggali,penggubal )
pel- ( pelajar )
ke- ( ketua,kelepek )
juru- ( juruukur,juruwang )
pra- ( prakata,prasejarah )
dwi- ( dwifungsi,dwibahasa )

Awalan kata kerja
me- ( melawan,menyikat,merasa)
memper- ( memperhamba,memperisteri)
ber- ( berjalan,berganti, berserta )
ter- ( terjebak,terbentuk )
di- ( diatur,ditimbang,disusun )
diper- ( dipercepat, diperoleh ) 

Awalan kata adjektif
ter- ( terbesar,terputih)
te- ( teruncing,terendah,teringin )
se- ( secantik,secerah,setebal )

5) Kata Terbitan Berapitan
     Apitan wujud dalam kata nama terbitan,kata kerja terbitan    
     dan kata adjektif  terbitan

Apitan kata nama

pe…an ( pelaksanaan,perasaan )
penge…an ( pengesahan,pengehadan)
ke…an ( kelaianan,kelebihan )

Apitan kata kerja
me…kan ( memainkan,melukakan )
mem…kan( membaharukan,membaikkan )
ber…kan ( beralaskan,berlaukkan )
diper…i ( diperdengarkan,diperbahaskan )
ke…an ( kehujanan,kehausan,kepanaskan)
di…kan ( didekati,dimulai,diadili )
memper..i ( memperingati )

Apitan kata adjektif
ke…an ( keinggerisan,kearaban,kecinaan )

6) Kata Terbitan Bersisipan
    Sisipan bahasa Melayu dapat wujud dalam
    
     a) kata nama
     b) kata adjektif

Contohnya :
Sisipan kata nama
-el- ( kelengkeng,telunjuk,kelabut )
-er- ( keruping,seruling,serabut )
ii. Sisipan kata adjektif
-el- ( selerak,gelembung )
-er- ( serabut,gerigi )
-em- ( gemilang,semerbak,gemerlap )
-in- ( sinambung )


Kata Bilangan
1) Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung           
    sesuatu.

2)  Kata bilangan terbahagi kepada enam jenis, iaitu :

i. Kata Bilangan Tentu 
• Contohnya : satu, sepuluh, seribu, sejuta.
• Kata bilangan tentu perlu digunakan bersama-sama dengan penjodoh bilangan.
ii. Kata Bilangan Tak Tentu
• Contohnya : beberapa, para, berbagai-bagai, pelbagai, semua,       
   segala, sekalian, segenap, setengah-setengah
.• Sesetengah kata bilangan tak tentu tidak perlu diikuti oleh                                 penjodoh bilangan.
iii. Kata Bilangan Pecahan
• Contohnya : setengah, suku, seperempat.

iv. Kata Bilangan Pisahan
• Contohnya : setiap, masing-masing, tiap-tiap.

v. Kata Bilangan Himpunan 
• Contohnya :kedua-dua, berpuluh-puluh, berabad-abad dan beribu-  
   ribu.
• Kata bilangan himpunan digunakan bersama-sama dengan
   penjodohbilangan.

vi. Kata Bilangan Tingkat
• Contohnya : ketiga, pertama, keempat.
• Tanda sempang (-) digunakan untuk merangkaikan awalan ke-   
  dengan angka.
  Contoh: abad ke-15.

No comments:

Post a Comment