Wednesday, November 7, 2012

Karangan


Guru Kesayangan Saya

Nama guru kesayangan saya ialah Cikgu Tay Ah Moi. Beliau kini berusia 55 tahun dan akan bersara daripada perkhidmatan setahun lagi. Beliau berasal dari Melaka dan pernah menjadi latihan perguruan di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim. Selepas menjalani latihan, beliau ditugaskan mengajar di sekolah ini sehingga sekarang.
Beliau ialah guru yang mengajar subjek Matematik dan tilisan kaligrafi Cina di sekolah kami. Pencapaian yang membanggakan adalah semasa kami menjadi johan dalam pertandingan kaligrafi peringkat negeri Johor. Pencapaian ini adalah hasil tunjuk ajar beliau dan telah mengharumkan nama sekolah kami.
Beliau sangat disayangi dan dihormati oleh murid-murid di sekolah ini. Kami menyayangi beliau kerana sikap prihatin dan tanggungjawab yang beliau tunjukkan kepada kami. Beliau senang didekati dan berusaha membantu murid-murid yang mempunyai masalah dalam pelajaran.
Walaupun beliau akan bersara tidak lama lagi, namun kami berharap beliau akan terus mencurah bakti untuk anak-anak murid. Kami berharap beliau akan sukses dalam kerjaya dan bahagia bersama keluarga.
Jasa beliau akan tetap dikenang oleh murid-murid di sekolah ini sebagai seorang guru yang komited dan bertanggungjawab.




Aku Sebuah Komputer Riba

Aku ialah sebuah komputer riba yang dimiliki oleh seorang pemuda yang bernama Daniel. Tuan aku seorang peguam dan memiliki sebuah firma guaman sendiri.
Badan aku berbetuk segi empat dan berwarna perak. Aku mempunyai peralatan yang lain seperti wayar untuk sambungan. Aku mempunyai banyak funfsi yang memudahkan tuan semasa menggunakan aku. Di dalam badanku, terdapat banyak maklumat yang penting dan aku menjaganya dengan baik.
Aku juga sering digunakan untuk melayari Internet. Sekiranya tuan inginkan sesuatu maklumat, aku bersedia untuk menjalankan tugas. Dengan menggunakan aku, amat memudahkan tuan dalam sebarang urusan kerana aku mempunyai banyak fungsi.
Aku juga adalah sebuah komputer yang boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Tuan boleh menggunakan aku di mana-mana dan ini sangat menyenangkan tuan aku. Kadang-kadang aku digunakan semasa tuan menunggu penerbangan untuk ke mana-mana atas urusan perniagaan.
Aku boleh menyiapkan segala tugasan yang diberi dengan pantas. Badan aku yang mempunyai pelbagai komponen mampu melakukan sebarang tugas walaupun agak sukar. Tuan menyayangi aku kerana di dalam badan aku mempunyai segala meklumat yang diperlukan olehnya.
Aku berasa gembira kerana disayangi dan akan berkhidmat selagi diperlukan oleh tuan. Sekiranya tidak digunakan, aku disimpan di tempat yang paling selamat.





Suasana Pasar Malam

Pasar malam di kampung saya diadakan dua kali dalam seminggu. Pada setiap hari Isnin dan Jumaat, ramai peniaga akan dating berniaga di kampung saya.
Di pasar malam tersebut terdapat ramai peniaga yang menjual pelbagai jenis barangan. Barangan yang dijual pula murah harganya. Disebabkan itu, ramai orang suka berkunjung ke pasar malam di kampung saya.
Suasana di pasar malam meriah dan riuh-rendah. Para peniaga seolah-olah bertyanding mencari pelanggan. Mereka menjerit-jerit kepada pengunjung untuk membeli barangan jualan mereka. Pelanggan dan peniaga juga tawar-menawar harga. Keadaan inilah yang memeriahkan lagi suasana di pasar malam.
Emak suka membeli sayur-sayuran dan buah-buahan di sini kerana barang-barang tersebut segar dan berpatutan harganta. Ayah pula suka membeli makanan dan minuman kerana semuanya sedap-sedap belaka.
Saya pula suka melihat para peniaga ubat-ubatan memperkenalkan barangan jualan mereka kepada pengunjung. Saya kagum melihat cara mereka bercakap. Gaya dan kata-kata mereka membuatkan ramai pengunjung berkumpul untuk mendengar penerangan mereka.
Tiba-tiba, ibu menarik tangan saya lalu mengajak saya pulang. Kami segera menuju ke kereta. Hari Jumaat ini saya pasti akan dating ke sini lagi




Kepentingan Kesihatan

Menjaga kesihatan diri adalah satu perkara yang tidak boleh dipandang ringan. Sekiranya kita mengambaikan penjagaan kesihatan diri, banyak kesan negative yang akan dihadapi terutamanya kepada mereka yang masih bersekolah.
Pelajar yang sakit tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam pelajaran sama ada ketika di dalam kelas mahupun semasa mengulang kaji di rumah. Selain itu, pelajar yang tidak sihat juga akan ketinggalan dalam pelajaran. Lama-kelamaan, mereka akan berasa malas dan tidak nerminat lagi untuk ke sekolah.
Di samping itu, masalah kesihatan akan menghalang penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum secara aktif. Contohnya, pelajar yang mengalami masalah kesihatan tidak boleh aktif bersukan walaupun dia meninati bidang itu.
Selain itu, pelajar yang mengalami masalah kesihatan akan berasa tersisih kerana prestasi pelajaran yang merosot. Malah, penyertaan dalam aktiviti kokurikulum begitu terbatas sehingga pergaulan sesame rakan sebaya akan terjejas.
Sehubungan dengan itu, kesihatan diri haruslah dijaga sejak awal lagi. Amalkan pemakanan yang seimbang, bersenam dan melakukan aktiviti yang sihat pada setiap hari. Sebagai contoh, kita boleh mengemas rumah, bermain badminton, menaiki tangga dan lain-lain lagi.
Kesimpulannya, kesihatan yang baik melahirkan perasaan yang gembira dan sempurna. Kesihatan merupakan asset yang tidak ternilai kepada manusia. Otak yang cerdas lahir daripada badan yang sihat.





Tuesday, November 6, 2012

Bidalan dan Pepatah


1.   Bidalan ialah susunan kata yang biasa digunakan untuk memberikan pengajaran dan nasihat tentang  perkara yang banar.
2.   Pepatah pula ialah rangkaian perkataan yang berkerat-kerat atau berkait-kait.
3.   Pepatah sering digunakan untuk menyatakan pengajaran, penegasan dan panduan hidup.

Bidalan
Maksud
Ada yang ada semut
Di mana ada rezeki yang banyak, di situlah banyak orang

Ada udang di sebalik batu
Ada sesuatu yang dikehendaki di sebalik apa yang dilakukan

Air dicincang tidak akan putus
Dua orang yang bersaudara tidak dipisahkan oleh perselisihan faham

Alah bias tegal biasa
Perkara yang susah akan menjadi senang sekiranya selalu dilakukan

Hidup segan mati tak mahu

Prang yang berputus asa kerana hidup menderita
Indah khabar daripada rupa
Sesuatu keadaan yang dikhabarkan berlebih-lebihan daripada keadaan sebenarnya

Jika benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
Keturunan yang baik tetap menjadi baik walau di mana-mana juga

Melentur buluh biarlah daripada rebungnya
Anak-anak hendaklah dididik sejak kecil lagi


Musang berbulu ayam
Orang jahat berpura-pura baik

Rosak badan kerana mulut
Keterlanjutan tutur kata akan memudaratkan diri sendiri

Ada ubi ada batas, ada budi ada balas
Kebaikan yang dilakukan akan dibalas dengan kebaikan


Air sama air, sampah ke tepi juga
Seseorang yang campur tangan dalam pergaulan antara adik-beradik atau saudara-mara, akhirnya akan diketepikan apabila mereka berbaik-baik semula

Anak di pangkuan diletakkan, kera di hutan disusukan
Seseorang yang berbuat baik kepada orang lain tetapi tidak kepada keluarganya sendiri


Biar putih tulang, jangan putih mata
Sanggup mati daripada menanggung malu



Pepatah
Maksud
Buat baikberpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali
Sekiranya membuat kebaikan hendaklah ada batasnya, sebaliknya jangan melakukan kejahatan

Harapkan pagar, pagar makan padi
Menaruh kepervayaan kepada seseorang tetapi orang yang dipercayai itu mengkhianati kita pula

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Sesuatu yang diingini pasti boleh docapai dengan usaha yang gigih tetapi jika enggan pelbagai alas an akan diberikan

Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong
Orang yang suka menonjolkan diri tanpa dikehendaki

Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
Berhati-hati apabila membuat sebelum terlambat

Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
Kehidupan yang terlalu miskin sehingga pendapatan yang diperoleh hanya cukup untuk hari itu sahaja.

Kuman di seberang laut Nampak, gajah di hadapan mata tak nampak
Kesalahan orang lain walaupun kecil akan Nampak tetapi kesalahan diri sendiri tidak disedari

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau manguak
Kita hendaklah pandai menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan


Masuk telinga kana, keluar telinga kiri
Orang yang tidak peduli atau tidak mahu mendengar nasihat


Monday, November 5, 2012

Kata Bantu


1.Kata bantu ialah perkataan yang berperanan untuk menerangkan perbuatan dari segi masa dan ragam.
2.   Kata bantu boleh dibahagikan kepada kata bantu aspek dan kata bantu ragam.
3.   Kata bantu aspek digunakan untuk menunjukkan perbezaan masa, iaitu pada masa kini, pada masa hadapan, dan pada masa lampau.

Kata Bantu Aspek


Ayat Contoh
akan
Peperiksaan UPSR akan bermula pada bulan September.

belum
Amar belum menghantar buku latihan Bahasa Malaysia.

masih
Kia Qi masih tinggal di Taman Impian Emas.

pernah
Shie Fang pernah menetap di Kuala Lumpur.

sedang
Ibu sedang menyiram pokok bunga.

sudah
Ayah sudah bertolak ke Ipoh pada malam tadi.

telah
Azman telah mendaftarkan diri di Universiti Malaya.


4.   Kata bantu ragam digunakan untuk menunjukkan perasaan yang berkaitan dengan perbuatan.

Kata Bantu Ragam


Ayat Contoh
boleh
Adik sudah boleh membaca dengan lancar.

dapat

Nazrul dapat menyiapkan latihan itu dengan cepat.
harus
Kita harus menghormat ibu dan bapa.

hendak
Kumar dan Aliff hendak ke perpustakaan pada petang nanti.

manu
Jasmine mahu ke kedai untuk membeli sekilo gula pasir.

mesti
Kita mestilah rajin belajar untuk memperoleh kejayaan.


5.   Sesetengah kata bantu aspek boleh hadir serentak seperti belum pernah, sudah pernah, masih sedang, masih belum, dan sebagainya.
6.   Sesetengah kata bantu ragam juga boleh hadir serentak seperti mesti dapat, mesti mahu, harus boleh, dan sebagainya.
7.   Selain itu, kata bantu aspek dan kata bantu ragam boleh hadir serentak dalam ayat-ayat tertentu.
Contohnya :

Kata Bantu Aspek dan Kata Bantu Ragam


Ayat Contoh
masih boleh
“Pakaian itu masih boleh dipakai,” kata ibu kepada adik.

sedang hendak
Kapal terbang itu sedang hendak mendarat di lapangan terbang.

belum boleh
Buah mangga itu belum boleh dimakan.

belum dapat
Pihak polis belum dapat menangkap pencuri itu.

belum hendak
Kami belum hendak pulang lagi.

akan dapat
Pemenang kuiz akan dapat melancong ke New Zealand.


8.   Begitu juga dengan kata bantu ragam dan kata bantu aspek. Contohnya :

Kata Bantu Ragam dan Kata Bantu Aspek


Ayat Contoh
harus  sudah
Kamu harus sudah menyiapkan kerja itu kerana sudah petang

mesti akan
Sampah itu mesti akan busuk jika tidak dibuang.

mesti boleh
Kami mesti boleh menjuarai perlawanan itu.

mesti sudah
Rancangan televisyen itu mesti sudah tamat.


Kata Perintah


Kata perintah ialah perkataan yang bertujuan  menimbulkan sesuatu tindakan terhadap arahan, larangan, perintah, silaan dan permintaan.


Kata Perintah
Maksud
Ayat Contoh

Sila
Jemput


silaan
1.   Silalah masuk ke dalam rumah.
2.   Jemputlah menikmati hidangan ini.

Jangan
Usah


larangan
1.   Jangan bising di dalam perpustakaan.
2.   Usah bermain di tepi lombong itu.

Harap
Minta
Tolong


permintaan
1.   Harap murid-murid bertenang.
2.   Minta perhatian saudara dan saudari sekalian.
3.   Tolong hantar latihan ini pada hari Isnin.