Selamat datang.....Selamat datang.....

Monday, November 5, 2012

Kata Ganda


  1.   Kata ganda ialah kata yang diulang sebutannya.
  2.   Kata ganda terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata 
       adjektif dan kata keterangan.
  3.   Kata ganda terdiri daripada empat bentuk, iaitu :
a)   Kata ganda penuh
b)   Kata ganda separa
c)   Kata ganda berentak
d)   Kata ganda berimbuhan



Kata Ganda Penuh

  1.   Kata ganda penuh bermaksud seluruh kata dasar diulang 
       atau digandakan.
  2.   Kata ganda penuh membawa maksud banyak dan 
       tunggal.
  3.   Contoh maksud banyak  adalah seperti:
 budak-budak, adik-adik, kawan-kawan dan sebagainya.
 Ayat Contoh : Mona sedang bermain bersama adik-
 adiknya di halaman rumah.
  4.   Contoh maksud tunggal adalah seperti :
  anai-anai, kura-kura, biri-biri, rama-rama dan sebagainya.
 Ayat Contoh : Kerusi itu sudah reput dimakan anai-anai.



Kata Ganda Separa

  1.   Kata ganda separa ialah pengulangan sebahagian 
       kata dasar sahaja.
  2.   Contohnya :
  jejari, gegendang, lelaki, lelabah, dedaun, tetamu dan 
  sebagainya.
 Ayat Contoh : Kakak sedang membersihkan sarang 
  lelabah di biliknya.



Kata Ganda Berentak

  1.   Kata ganda berendak ialah kata dasarnya mengalami 
      perubahan bunyi apabila digandakan.
  2.   Contohnya :
  bengkang-bengkok, gunung-ganang, kuih-muih, kayu-
  kayan, riuh-rendah, terang-benderang dan sebagainya.
   Ayat Contoh : Kuih-muih yang dijual oleh Mak Cik Leha 
   sungguh sedap.



Kata Ganda Berimbuhan

  1.   Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang diberikan 
       imbuhan awalan, akhiran atau apitan.
  2.   Contohnya : Berkotak-kotak, kedua-dua, bunga-bungaan, 
       buah-buahan, kemerah-merahan, keanak-anakan dansebagainya.
  Ayat Contoh : Muka Mei Fen kemerah-merahan selepas 
  dimarahi ibunya.

No comments:

Post a Comment