menghubungkan kata dengan kata,
frasa dengan frasa, dan ayat dengan ayat.
2. Kata hubung terbahagi kepada tiga jenis :
a) Kata Hubung Gabungan
b) Kata Hubung Pancangan
c) Kata Hubung Berpasangan
Kata Hubung Gabungan / Pancangan
Contoh
|
Ayat
Contoh
|
agar
|
Saya berharap agar kamu dapat
menghubungi dia segera.
|
apabila
|
Mukanya pucat apabila disoal.
|
atau
|
Awak boleh menaiki bas atau teksi
untuk ke sana.
|
bahawa
|
Kami yakin bahawa yang
dikatakannya itu benar.
|
dan
|
Leela dan Siu Lan berjiran.
|
hingga
|
Ayah dan kawannya berbual hingga
larut
malam.
|
Jika
|
Saya berpayung jika hujan.
|
Jikalau
|
Jikalau saya kaya, saya akan
membina rumah kebajikan.
|
kecuali
|
Semua murid Nadir kecuali Gopal.
|
kerana
|
Aini menangis kerana terlalu
sedih.
|
lalu
|
Burung itu terbang lalu hinggap di
dahan pohon.
|
manakala
|
Baju Karim bersih manakala baju
adiknya kotor.
|
sambil
|
Zalifah bernyanyi sambil menari.
|
serta
|
Zahid serta abangnya menonton
wayang.
|
semenjak
|
Saya berkawan dengannya semenjak
kecil.
|
sementara
|
Berusahalah sekuat mungkin
sementara badan masih sihat.
|
sungguhpun
|
Sungguhpun buta, orang Itu mampu
berdikari.
|
supaya
|
Belajarlah bersungguhsungguh
supaya pandai.
|
walaupun
|
Walaupun letih, diselesaikannya
jugs kerja Itu.
|
tetapi
|
Badannya besar tetapi penakut.
|
Kata Hubung Berpasangan
Contoh
|
Ayat Contoh
|
Baik - mahupun
|
Baik lelaki mahupun perempuan
sama-sama bergotong royong membersihkan balai raya itu.
|
Baik- baik
|
Baik Daud baik adiknya samasama
pintar.
|
bukan sahaja malah
|
Fuad bukan sahaja nakal malah suka
ponteng sekolah.
|
entah entah
|
Jangan lekas percaya akan
janjinya, entah betul entah tidak.
|
Jangan – pun
|
Jangankan sepuluh ringgit,
seringgit pun dia tak ada.
|
Kian – kian
|
Kian lama kian banyak orang yang
ke sana.
|
Sama ada – ataupun
|
Guru Besar meminta sama ada bapa
ataupun ibu murid hadir ke Sekolah.
|
Sedangkan ... inikan pula
|
Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki
olehnya inikan pula Bukit Larut.
|
Semakin ... semakin
|
Encik Husin semakin kaya semakin
pemurah.
|
Sungguhpun ... tetapi
|
Sungguhpun badannya gemuk tetapi
dia kuat berlari.
|
Walaupun ... namun
|
Walaupun cacat namun Guan rajin
berusaha.
|
No comments:
Post a Comment