1.   Bidalan
ialah susunan kata yang biasa digunakan untuk memberikan pengajaran dan nasihat
tentang  perkara yang banar.
2.   Pepatah
pula ialah rangkaian perkataan yang berkerat-kerat atau berkait-kait.
3.   Pepatah
sering digunakan untuk menyatakan pengajaran, penegasan dan panduan hidup.
| 
   
Bidalan 
 | 
  
   
Maksud 
 | 
 
| 
   
Ada yang
  ada semut 
 | 
  
   
Di mana
  ada rezeki yang banyak, di situlah banyak orang 
 | 
 
| 
   
Ada udang
  di sebalik batu 
 | 
  
   
Ada sesuatu
  yang dikehendaki di sebalik apa yang dilakukan 
 | 
 
| 
   
Air dicincang
  tidak akan putus 
 | 
  
   
Dua orang
  yang bersaudara tidak dipisahkan oleh perselisihan faham 
 | 
 
| 
   
Alah bias
  tegal biasa 
 | 
  
   
Perkara
  yang susah akan menjadi senang sekiranya selalu dilakukan 
 | 
 
| 
   
Hidup
  segan mati tak mahu 
 | 
  
   
Prang
  yang berputus asa kerana hidup menderita 
 | 
 
| 
   
Indah
  khabar daripada rupa 
 | 
  
   
Sesuatu
  keadaan yang dikhabarkan berlebih-lebihan daripada keadaan sebenarnya 
 | 
 
| 
   
Jika benih
  yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau 
 | 
  
   
Keturunan
  yang baik tetap menjadi baik walau di mana-mana juga 
 | 
 
| 
   
Melentur
  buluh biarlah daripada rebungnya 
 | 
  
   
Anak-anak
  hendaklah dididik sejak kecil lagi 
 | 
 
| 
   
Musang
  berbulu ayam 
 | 
  
   
Orang
  jahat berpura-pura baik 
 | 
 
| 
   
Rosak
  badan kerana mulut 
 | 
  
   
Keterlanjutan
  tutur kata akan memudaratkan diri sendiri 
 | 
 
| 
   
Ada ubi
  ada batas, ada budi ada balas 
 | 
  
   
Kebaikan
  yang dilakukan akan dibalas dengan kebaikan 
 | 
 
| 
   
Air sama
  air, sampah ke tepi juga 
 | 
  
   
Seseorang
  yang campur tangan dalam pergaulan antara adik-beradik atau saudara-mara,
  akhirnya akan diketepikan apabila mereka berbaik-baik semula 
 | 
 
| 
   
Anak di
  pangkuan diletakkan, kera di hutan disusukan 
 | 
  
   
Seseorang
  yang berbuat baik kepada orang lain tetapi tidak kepada keluarganya sendiri 
 | 
 
| 
   
Biar putih
  tulang, jangan putih mata 
 | 
  
   
Sanggup
  mati daripada menanggung malu 
 | 
 
| 
   
Pepatah 
 | 
  
   
Maksud 
 | 
 
| 
   
Buat baikberpada-pada,
  buat jahat jangan sekali-kali 
 | 
  
   
Sekiranya
  membuat kebaikan hendaklah ada batasnya, sebaliknya jangan melakukan
  kejahatan 
 | 
 
| 
   
Harapkan
  pagar, pagar makan padi 
 | 
  
   
Menaruh
  kepervayaan kepada seseorang tetapi orang yang dipercayai itu mengkhianati
  kita pula 
 | 
 
| 
   
Hendak
  seribu daya, tak hendak seribu dalih 
 | 
  
   
Sesuatu
  yang diingini pasti boleh docapai dengan usaha yang gigih tetapi jika enggan
  pelbagai alas an akan diberikan 
 | 
 
| 
   
Hidung
  tak mancung, pipi tersorong-sorong 
 | 
  
   
Orang
  yang suka menonjolkan diri tanpa dikehendaki 
 | 
 
| 
   
Ingat
  sebelum kena, jimat sebelum habis 
 | 
  
   
Berhati-hati
  apabila membuat sebelum terlambat 
 | 
 
| 
   
Kais pagi
  makan pagi, kais petang makan petang 
 | 
  
   
Kehidupan
  yang terlalu miskin sehingga pendapatan yang diperoleh hanya cukup untuk hari
  itu sahaja. 
 | 
 
| 
   
Kuman
  di seberang laut Nampak, gajah di hadapan mata tak nampak 
 | 
  
   
Kesalahan
  orang lain walaupun kecil akan Nampak tetapi kesalahan diri sendiri tidak
  disedari 
 | 
 
| 
   
Masuk
  kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau manguak 
 | 
  
   
Kita hendaklah
  pandai menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan 
 | 
 
| 
   
Masuk
  telinga kana, keluar telinga kiri 
 | 
  
   
Orang
  yang tidak peduli atau tidak mahu mendengar nasihat 
 | 
 
Maklumat yang lengkap.
ReplyDeleteNEXT..
ReplyDeleteGood
ReplyDeleteKalau susunan kata : "Ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa", itu termasuk pepatah ataukah bidalan?
ReplyDelete