1.Kata
bantu ialah perkataan yang berperanan untuk menerangkan perbuatan dari segi
masa dan ragam.
2. Kata
bantu boleh dibahagikan kepada kata bantu aspek dan kata bantu ragam.
3. Kata
bantu aspek digunakan untuk menunjukkan perbezaan masa, iaitu pada masa kini, pada
masa hadapan, dan pada masa lampau.
Kata Bantu Aspek
|
Ayat Contoh
|
akan
|
Peperiksaan
UPSR akan bermula pada bulan September.
|
belum
|
Amar
belum menghantar buku latihan Bahasa Malaysia.
|
masih
|
Kia
Qi masih tinggal di Taman Impian Emas.
|
pernah
|
Shie
Fang pernah menetap di Kuala Lumpur.
|
sedang
|
Ibu
sedang menyiram pokok bunga.
|
sudah
|
Ayah
sudah bertolak ke Ipoh pada malam tadi.
|
telah
|
Azman
telah mendaftarkan diri di Universiti Malaya.
|
4. Kata
bantu ragam digunakan untuk menunjukkan perasaan yang berkaitan dengan
perbuatan.
Kata Bantu Ragam
|
Ayat Contoh
|
boleh
|
Adik
sudah boleh membaca dengan lancar.
|
dapat
|
Nazrul
dapat menyiapkan latihan itu dengan cepat.
|
harus
|
Kita
harus menghormat ibu dan bapa.
|
hendak
|
Kumar
dan Aliff hendak ke perpustakaan pada petang nanti.
|
manu
|
Jasmine
mahu ke kedai untuk membeli sekilo gula pasir.
|
mesti
|
Kita
mestilah rajin belajar untuk memperoleh kejayaan.
|
5.
Sesetengah kata bantu aspek boleh hadir
serentak seperti belum pernah, sudah pernah, masih sedang, masih belum, dan
sebagainya.
6.
Sesetengah kata bantu ragam juga boleh hadir
serentak seperti mesti dapat, mesti mahu, harus boleh, dan sebagainya.
7.
Selain itu, kata bantu aspek dan kata bantu
ragam boleh hadir serentak dalam ayat-ayat tertentu.
Contohnya
:
Kata Bantu Aspek
dan Kata Bantu Ragam
|
Ayat Contoh
|
masih boleh
|
“Pakaian
itu masih boleh dipakai,” kata ibu kepada adik.
|
sedang hendak
|
Kapal
terbang itu sedang hendak mendarat di lapangan terbang.
|
belum boleh
|
Buah
mangga itu belum boleh dimakan.
|
belum dapat
|
Pihak
polis belum dapat menangkap pencuri itu.
|
belum hendak
|
Kami
belum hendak pulang lagi.
|
akan dapat
|
Pemenang
kuiz akan dapat melancong ke New Zealand.
|
8.
Begitu juga dengan kata bantu ragam dan kata
bantu aspek. Contohnya :
Kata Bantu Ragam dan
Kata Bantu Aspek
|
Ayat Contoh
|
harus sudah
|
Kamu
harus sudah menyiapkan kerja itu kerana sudah petang
|
mesti akan
|
Sampah
itu mesti akan busuk jika tidak dibuang.
|
mesti boleh
|
Kami
mesti boleh menjuarai perlawanan itu.
|
mesti sudah
|
Rancangan
televisyen itu mesti sudah tamat.
|
terima kasih kerana sudi kongsi ilmu.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletecontoh karangan tak ada ke
ReplyDeletetak ada contoh karangan ke
ReplyDeleteSungguh bagus👍👍👍
ReplyDeleteBagus
DeleteTERIMAN
Deleteit is a good website for me to use for my upsr
ReplyDeletegood
ReplyDeleteHai, perkongsian yang sangat bermanfaat. Mohon shared. Terima kasih.
ReplyDelete👍👍
ReplyDeleteSelepas
ReplyDeleteOk bagus
ReplyDeleteLagenda
ReplyDeleteTERIMA KASIH
ReplyDelete