Selamat datang.....Selamat datang.....

Monday, November 5, 2012

Kata Bantu


1.Kata bantu ialah perkataan yang berperanan untuk menerangkan perbuatan dari segi masa dan ragam.
2.   Kata bantu boleh dibahagikan kepada kata bantu aspek dan kata bantu ragam.
3.   Kata bantu aspek digunakan untuk menunjukkan perbezaan masa, iaitu pada masa kini, pada masa hadapan, dan pada masa lampau.

Kata Bantu Aspek


Ayat Contoh
akan
Peperiksaan UPSR akan bermula pada bulan September.

belum
Amar belum menghantar buku latihan Bahasa Malaysia.

masih
Kia Qi masih tinggal di Taman Impian Emas.

pernah
Shie Fang pernah menetap di Kuala Lumpur.

sedang
Ibu sedang menyiram pokok bunga.

sudah
Ayah sudah bertolak ke Ipoh pada malam tadi.

telah
Azman telah mendaftarkan diri di Universiti Malaya.


4.   Kata bantu ragam digunakan untuk menunjukkan perasaan yang berkaitan dengan perbuatan.

Kata Bantu Ragam


Ayat Contoh
boleh
Adik sudah boleh membaca dengan lancar.

dapat

Nazrul dapat menyiapkan latihan itu dengan cepat.
harus
Kita harus menghormat ibu dan bapa.

hendak
Kumar dan Aliff hendak ke perpustakaan pada petang nanti.

manu
Jasmine mahu ke kedai untuk membeli sekilo gula pasir.

mesti
Kita mestilah rajin belajar untuk memperoleh kejayaan.


5.   Sesetengah kata bantu aspek boleh hadir serentak seperti belum pernah, sudah pernah, masih sedang, masih belum, dan sebagainya.
6.   Sesetengah kata bantu ragam juga boleh hadir serentak seperti mesti dapat, mesti mahu, harus boleh, dan sebagainya.
7.   Selain itu, kata bantu aspek dan kata bantu ragam boleh hadir serentak dalam ayat-ayat tertentu.
Contohnya :

Kata Bantu Aspek dan Kata Bantu Ragam


Ayat Contoh
masih boleh
“Pakaian itu masih boleh dipakai,” kata ibu kepada adik.

sedang hendak
Kapal terbang itu sedang hendak mendarat di lapangan terbang.

belum boleh
Buah mangga itu belum boleh dimakan.

belum dapat
Pihak polis belum dapat menangkap pencuri itu.

belum hendak
Kami belum hendak pulang lagi.

akan dapat
Pemenang kuiz akan dapat melancong ke New Zealand.


8.   Begitu juga dengan kata bantu ragam dan kata bantu aspek. Contohnya :

Kata Bantu Ragam dan Kata Bantu Aspek


Ayat Contoh
harus  sudah
Kamu harus sudah menyiapkan kerja itu kerana sudah petang

mesti akan
Sampah itu mesti akan busuk jika tidak dibuang.

mesti boleh
Kami mesti boleh menjuarai perlawanan itu.

mesti sudah
Rancangan televisyen itu mesti sudah tamat.


15 comments: