yang indah, ringkas, kemas serta
mempunyai maksud yang tersirat.Biasanya, perumpamaan dimulai dengan
kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan
umpama.
Perumpamaan 
 | 
  
Maksud 
 | 
 
Bagai aur dengan tebing 
 | 
  
tolong-menolong antara satu dengan
  yang lain 
 | 
 
Bagai bunyi cempedak jatuh 
 | 
  
bunyi jatuh yang kuat 
 | 
 
Bagai bulan dipagari bintang 
 | 
  
kecantikan gadis yang tiada
  bandingannya 
 | 
 
Bagai diiris dengan sembilu 
 | 
  
perasaan yang sangat pedih 
 | 
 
Bagai duri dalam daging 
 | 
  
sesuatu hal yang tidak menyenangkan 
 | 
 
Bagai enau dalam belukar
  melepaskan pucuk masing-masing 
 | 
  
hanya mementingkan diri sendiri 
 | 
 
Bagai itik pulang petang 
 | 
  
berjalan lambat sekali 
 | 
 
Bagai isi dengan kuku 
 | 
  
persahabatan yang sangat erat 
 | 
 
Bagai kacang melupakan kulit 
 | 
  
orang yang tidak tahu mengenang
  budi 
 | 
 
Bagai kumbang putus tali 
 | 
  
amat cepat; terlepas daripada
  sengsara 
 | 
 
Bagai melepaskan batuk di tangga 
 | 
  
membuat sesuatu kerja sambil lewa
  saja 
 | 
 
Bagai menatang minyak yang penuh 
 | 
  
mendidik anak dengan penuh belaian
  kasih sayang 
 | 
 
Bagai mencencang air 
 | 
  
membuat pekerjaan yang sia-sia 
 | 
 
Bagai mural tercabut ekor 
 | 
  
seseorang yang becok mulutnya 
 | 
 
Bagai si kudung mendapat cincin 
 | 
  
orang yang tidak dapat merasai
  nikmat atau menggunakan kemudahan yang diperoleh 
 | 
 
Bagai pinang dibelah dua/ Seperti
  cincin dengan permata 
 | 
  
pasangan yang sama padan dan sama
  cantik 
 | 
 
Bagai tikus membaiki labu 
 | 
  
merosakkan lagi barang yang
  dibaikinya 
 | 
 
Seperti abu di atas tunggul/
  Seperti telur di hujung tanduk 
 | 
  
kedudukan tidak tetap atau tidak
  terjamin 
 | 
 
Seperd anak ayam kehilangan ibu 
 | 
  
berpecah dan hilang tempat
  bergantung 
 | 
 
Seperti anjing dengan kucing 
 | 
  
adik-beradik yang suka bergaduh 
 | 
 
Seperti anjing dengan
  bayang-bayang 
 | 
  
orang yang tamak, tidak cukup
  dengan apa-apa yang ada 
 | 
 
Seperti api dalam sekam 
 | 
  
dendam; perbuatan jahat yang
  tersembunyi 
 | 
 
Seperti ayam berak kapur 
 | 
  
muka pucat dan tidak bermaya 
 | 
 
Seperti bertih digoreng 
 | 
  
bunyi bising atau percakapan yang
  tidak berhenti-henti 
 | 
 
Seperti cacing kepanasan 
 | 
  
tidak diam atau tenang; selalu
  gelisah 
 | 
 
Seperti embun di hujung rumput 
 | 
  
kasih sayang yang tidak berkekalan 
 | 
 
Seperti gergaji dua mata/ Seperti
  talam dua muka 
 | 
  
seseorang yang mengambil
  kesempatan daripada pertelingkahan antara dua pihak 
 | 
 
Seperti harimau menyembunyikan
  kukunya 
 | 
  
menyembunyikan kelebihan yang ada
  pada dirinya 
 | 
 
Seperti hujan jatuh ke pasir/ Seperti
  mencurahkan air ke daun keladi 
 | 
  
memberi nasihat kepada orang
  tetapi tidak berkesan 
 | 
 
Seperti katak di bawah tempurung 
 | 
  
orang yang cetek pengetahuannya
  mengenai hal dunia luar 
 | 
 
Seperti kera kena belacan 
 | 
  
tidak suka duduk diam 
 | 
 
Seperti kera mendapat bunga 
 | 
  
seseorang yang tidak tahu
  menghargai pemberian orang lain 
 | 
 
Seperti kerbau dicucuk hidung 
 | 
  
seseorang yang lurus; menurut
  segala perintah orang lain tanpa usul periksa 
 | 
 
Seperti langit dengan bumi 
 | 
  
perbezaan yang amat ketara 
 | 
 
Seperti mengajar itik berenang 
 | 
  
mengajar seseorang yang arif atau
  pandai daripada kita 
 | 
 
Seperti pahat dengan penukul 
 | 
  
orang yang hanya bekerja apabila
  diperintah 
 | 
 
Seperti pungguk rindu akan bulan 
 | 
  
mengharapkan sesuatu yang tidak
  mungkin diperoleh 
 | 
 
Seperti rusa masuk ke kampung 
 | 
  
berasa hairan dan
  tercengang-cenggang apabila berada di tempat yang baru 
 | 
 
Seperti tikus jatuh di beras 
 | 
  
memperoleh kekayaan yang tidak
  disangka-sangka 
 | 
 
Seperti ular kena palu 
 | 
  
jalan atau barisan yang
  bengkang-bengkok 
 | 
 
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteSaya suka perumpamaan yang dipaparkan dalam blog saudari Ong, ia sangat indah bahasanya dan sangat berguna untuk anak didik kita semasa mengarang. Saya harap ia dapat diaplikasikan oleh anak murid saudari Ong, semoga impian ini berjaya.
ReplyDelete