Monday, November 5, 2012

Kata Seru


Kata seru ialahkata yang digunakan untuk menggambarkan  perasaan geram, kagum,   hairan, sedih, sakit, takut dan   sebagainya.


Kata Seru

Perasaan

Ayat
aduh
Digunakan untuk menggambarkan perasaan sakit

Aduh, sakitnya perutku ini!
Wah / amboi
Digunakan untuk menggambarkan kekaguman
a)   Wah, tingginya bangunan itu !
b)   Amboi, cantiknya lukisan potret ini !

Oh
Digunakan untuk menggambarkan perasaan kecewa, terkejut, dan hairan

Oh, kamulah yang menolong anak mak cik hari itu !
aduhai
Digunakan untuk menyatakan perasaan sedih

Aduhai, malangnya nasibku ini !
eh
Digunakan untuk membayangkan perasaan hairan atau terkejut

Eh, tadi buku saya ada di sini !
nah
Digunakan untuk memberikan sesuatu, atau memberi sesyatu dalam keadaan marah
a)   Nah, ambil semula buku cerita kamu ini !
b)   Nah, terimalah tikamanku ini !

ah
Digunakan untuk menunjukkan perasaan tidak setuju

Ah, aku tidak setuju dengan cadangan itu !
hai
Digunakan untuk menyapa atau untuk menarik perhatian

Hai, saya Albert Teo !
cis
Digunakan untuk menyatakan perasaan tidak suka, mengejek atau marah

Cis, jangan kaudatang ke rumah aku lagi !


wahai
Digunakan untuk menarik perhatian atau menyampaikan nasihat

Wahai murid-murid sekalian. Patuhilah peraturan-peraturan sekolah kita !


No comments:

Post a Comment