Guru
Kesayangan Saya
Nama guru kesayangan saya ialah Cikgu Tay Ah Moi. Beliau
kini berusia 55 tahun dan akan bersara daripada perkhidmatan setahun lagi.
Beliau berasal dari Melaka dan pernah menjadi latihan perguruan di Maktab
Perguruan Temenggung Ibrahim. Selepas menjalani latihan, beliau ditugaskan
mengajar di sekolah ini sehingga sekarang.
Beliau ialah guru yang mengajar subjek Matematik dan
tilisan kaligrafi Cina di sekolah kami. Pencapaian yang membanggakan adalah
semasa kami menjadi johan dalam pertandingan kaligrafi peringkat negeri Johor.
Pencapaian ini adalah hasil tunjuk ajar beliau dan telah mengharumkan nama
sekolah kami.
Beliau sangat disayangi dan dihormati oleh murid-murid di
sekolah ini. Kami menyayangi beliau kerana sikap prihatin dan tanggungjawab
yang beliau tunjukkan kepada kami. Beliau senang didekati dan berusaha membantu
murid-murid yang mempunyai masalah dalam pelajaran.
Walaupun beliau akan bersara tidak lama lagi, namun kami
berharap beliau akan terus mencurah bakti untuk anak-anak murid. Kami berharap
beliau akan sukses dalam kerjaya dan bahagia bersama keluarga.
Jasa beliau akan tetap dikenang oleh murid-murid di
sekolah ini sebagai seorang guru yang komited dan bertanggungjawab.
Aku
Sebuah Komputer Riba
Aku ialah sebuah komputer riba yang dimiliki oleh seorang
pemuda yang bernama Daniel. Tuan aku seorang peguam dan memiliki sebuah firma
guaman sendiri.
Badan aku berbetuk segi empat dan berwarna perak. Aku
mempunyai peralatan yang lain seperti wayar untuk sambungan. Aku mempunyai
banyak funfsi yang memudahkan tuan semasa menggunakan aku. Di dalam badanku,
terdapat banyak maklumat yang penting dan aku menjaganya dengan baik.
Aku juga sering digunakan untuk melayari Internet.
Sekiranya tuan inginkan sesuatu maklumat, aku bersedia untuk menjalankan tugas.
Dengan menggunakan aku, amat memudahkan tuan dalam sebarang urusan kerana aku
mempunyai banyak fungsi.
Aku juga adalah sebuah komputer yang boleh dibawa ke
mana-mana sahaja. Tuan boleh menggunakan aku di mana-mana dan ini sangat
menyenangkan tuan aku. Kadang-kadang aku digunakan semasa tuan menunggu
penerbangan untuk ke mana-mana atas urusan perniagaan.
Aku boleh menyiapkan segala tugasan yang diberi dengan
pantas. Badan aku yang mempunyai pelbagai komponen mampu melakukan sebarang
tugas walaupun agak sukar. Tuan menyayangi aku kerana di dalam badan aku
mempunyai segala meklumat yang diperlukan olehnya.
Aku berasa gembira kerana disayangi dan akan berkhidmat
selagi diperlukan oleh tuan. Sekiranya tidak digunakan, aku disimpan di tempat
yang paling selamat.
Suasana
Pasar Malam
Pasar malam di kampung saya diadakan dua kali dalam
seminggu. Pada setiap hari Isnin dan Jumaat, ramai peniaga akan dating berniaga
di kampung saya.
Di pasar malam tersebut terdapat ramai peniaga yang
menjual pelbagai jenis barangan. Barangan yang dijual pula murah harganya.
Disebabkan itu, ramai orang suka berkunjung ke pasar malam di kampung saya.
Suasana di pasar malam meriah dan riuh-rendah. Para
peniaga seolah-olah bertyanding mencari pelanggan. Mereka menjerit-jerit kepada
pengunjung untuk membeli barangan jualan mereka. Pelanggan dan peniaga juga
tawar-menawar harga. Keadaan inilah yang memeriahkan lagi suasana di pasar
malam.
Emak suka membeli sayur-sayuran dan buah-buahan di sini
kerana barang-barang tersebut segar dan berpatutan harganta. Ayah pula suka
membeli makanan dan minuman kerana semuanya sedap-sedap belaka.
Saya pula suka melihat para peniaga ubat-ubatan
memperkenalkan barangan jualan mereka kepada pengunjung. Saya kagum melihat
cara mereka bercakap. Gaya dan kata-kata mereka membuatkan ramai pengunjung
berkumpul untuk mendengar penerangan mereka.
Tiba-tiba, ibu menarik tangan saya lalu mengajak saya
pulang. Kami segera menuju ke kereta. Hari Jumaat ini saya pasti akan dating ke
sini lagi
Kepentingan
Kesihatan
Menjaga kesihatan diri adalah satu perkara yang tidak
boleh dipandang ringan. Sekiranya kita mengambaikan penjagaan kesihatan diri,
banyak kesan negative yang akan dihadapi terutamanya kepada mereka yang masih
bersekolah.
Pelajar yang sakit tidak dapat menumpukan sepenuh
perhatian dalam pelajaran sama ada ketika di dalam kelas mahupun semasa
mengulang kaji di rumah. Selain itu, pelajar yang tidak sihat juga akan
ketinggalan dalam pelajaran. Lama-kelamaan, mereka akan berasa malas dan tidak
nerminat lagi untuk ke sekolah.
Di samping itu, masalah kesihatan akan menghalang
penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum secara aktif. Contohnya, pelajar
yang mengalami masalah kesihatan tidak boleh aktif bersukan walaupun dia
meninati bidang itu.
Selain itu, pelajar yang mengalami masalah kesihatan akan
berasa tersisih kerana prestasi pelajaran yang merosot. Malah, penyertaan dalam
aktiviti kokurikulum begitu terbatas sehingga pergaulan sesame rakan sebaya
akan terjejas.
Sehubungan dengan itu, kesihatan diri haruslah dijaga
sejak awal lagi. Amalkan pemakanan yang seimbang, bersenam dan melakukan
aktiviti yang sihat pada setiap hari. Sebagai contoh, kita boleh mengemas
rumah, bermain badminton, menaiki tangga dan lain-lain lagi.
Kesimpulannya, kesihatan yang baik melahirkan perasaan
yang gembira dan sempurna. Kesihatan merupakan asset yang tidak ternilai kepada
manusia. Otak yang cerdas lahir daripada badan yang sihat.